top of page

Covid-19: Pekerja ladang cetus kluster baharu di Kinabatangan

Wartawan Nabalu News

12 Januari 2022

By Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Satu kluster Covid-19 baharu telah direkodkan di daerah Kinabatangan pada hari ini yang melibatkan sebuah ladang kelapa sawit.


Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata kluster yang bernama Kluster Sungai Trayon telah merekodkan 25 kes positif baharu hari.


Beliau berkata, ini telah menyebabkan jumlah kes keseluruhan di Sabah melonjak naik kepada 280 kes hari ini.


“Kes indeks merupakan pekerja lelaki (harvester), warganegara Indonesia, 48, yang dikesan positif melalui ujian saringan RTK-Ag di klinik swasta di Sandakan pada 9 Januari selepas bergejala pada hari sebelumnya.


“Kes indeks telah pun dirujuk ke Hospital Kinabatangan untuk rawatan selanjutnya,” katanya di dalam satu kenyataan hari ini.


Tambahnya, aktiviti persampelan kontak seterusnya mendapati sebanyak 24 kes dalam kalangan kontak sosial, pekerja dan tanggungan, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 25 kes. Semua kes telah diasingkan dan diberikan rawatan yang sesuai.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page