top of page
nabalunews

CUEPACS seru penjawat awam tandatangan SSPA sebelum 30 Nov



28 November 2024

 

KOTA BHARU: Penjawat awam yang belum menandatangani Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) diingatkan untuk segera membuat pilihan mereka sebelum tempoh opsyen berakhir pada 30 November ini. 

 

Menurut Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Dr. Adnan Mat, SSPA yang akan berkuat kuasa pada 1 Disember ini telah melalui kajian serta bengkel bersama CUEPACS dan ia memberikan peluang kepada penjawat awam untuk menikmati kenaikan gaji yang lebih baik. 

 

"Mereka masih ada sehingga 30 haribulan untuk membuat pilihan tepat dengan memilih SSPA. Kami di CUEPACS telah membuat kajian mendalam dan mendapati tiada perkara yang merugikan dalam skim ini, sebaliknya ia bertujuan meningkatkan kebajikan penjawat awam. “Jadi, saya harap mereka dapat mengambil peluang ini," katanya selepas menghadiri Perhimpunan Madani Penjawat Awam CUEPACS Negeri Kelantan Tahun 2024. 

 

Dr. Adnan turut menjelaskan bahawa maklumat yang tersebar di media sosial berpotensi menimbulkan salah faham terhadap pelaksanaan skim tersebut.

 

Beliau juga mengesahkan bahawa sekitar 200,000 penjawat awam masih belum membuat keputusan, dengan 700 daripadanya adalah kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 

 

Sebelum ini, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, memaklumkan bahawa 15 peratus penjawat awam masih belum menandatangani opsyen SSPA walaupun tempoh selama 40 hari telah diberikan.

Comments


bottom of page