DAP putuskan guna logo PH pada PRU-15
14 Nov 2021
Oleh Wartawan Nabalu News
SHAH ALAM: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP memutuskan untuk menggunakan logo Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.
Bagaimanapun katanya, penggunaan logo PH itu hanya dilaksanakan di Semenanjung Malaysia manakala bagi Sabah dan Sarawak akan diputuskan mengikut negeri itu sendiri kerana mereka mempunyai kuasa autonomi.
“Kita sudah mulakan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka (penggunaan logo PH), kita akan memakainya di seluruh Semenanjung untuk PRU-15 kecuali Sabah dan Sarawak.
“Kerana mereka ada kuasa autonomi, mereka akan putuskan sendiri sama ada memakai logo DAP Rocket atau logo Bersama,” katanya dalam ucapan pembukaan Konvensyen Biasa Negeri DAP Selangor 2021, di sini, hari ini.
Konvensyen yang dijalankan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat itu dihadiri 1,116 perwakilan dari 218 cawangan seluruh negeri bagi memilih barisan 15 anggota parti negeri baharu untuk tempoh tiga tahun akan datang.
Comments