top of page

DAP sumbang 100 bungkus mi kepada Gereja Good Shepherd

Wartawan Nabalu News

Frankie Poon (tiga kanan) menyerahkan sumbangan mi kepada wakil Gereja Good Sehpherd.

19 Januari 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: DAP Sabah memberi sumbangan berbentuk 100 bungkus mi kepada pihak Gereja Good Shepherd sempena kempen derma darah.


Sumbangan tersebut merupakan inisiatif Pengerusi DAP Sabah Datuk Frankie Poon Ming Fung kepada gereja tersebut yang bakal menganjurkan kempen derma darah pada 13 Februari depan (Ahad).


“Pihak kami telah menerima surat daripada Gereja Good Shepherd untuk memohon tajaan mi bagi kempen derma darah yang bakal dianjurkan oleh pihak gereja bertempat di Barrett Hall, Church of the Good Shepherd.


“Kempen derma darah merupakan kempen yang amat bermakna dan ianya perlu selalu dilaksanakan dari masa ke semasa bagi membantu keperluan darah di negeri ini serta secara tidak langsung dapat menyelamatkan nyawa lebih ramai orang,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.


Sementara itu, Frankie yang juga ADUN Tanjong Papat juga menyeru orang ramai yang berkelapangan untuk hadir menderma darah.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page