top of page
nabalunews

DBKK anjur pertandingan fotografi sempena ulang tahun Ke-25 Bandaraya Kota Kinabalu





8 Januari 2025


KOTA KINABALU: Bersempena ulang tahun ke-25 Bandaraya Kota Kinabalu, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengajak para peminat seni fotografi menyertai Pertandingan Fotografi Program Upcycle @ Recology yang bermula 9 Disember 2024 hingga 9 Februari 2025.


Pertandingan ini bertemakan Whimsical, Wonderful City Life”, bertujuan menonjolkan keindahan kehidupan bandar yang harmoni, ceria, dan mesra alam melalui perspektif seni fotografi.


“Tema ini turut mempromosikan elemen kelestarian alam sekitar dengan menekankan prinsip “Reduce, Reuse, and Recycle (3R)”.


“Pertandingan ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat dan bertujuan mencerminkan keindahan persekitaran Bandaraya Kota Kinabalu serta pembangunan yang harmoni,” menurut kenyataan DBKK.


Pemenang pertandingan bakal membawa pulang hadiah menarik, dengan Johan menerima RM5,000, manakala Naib Johan dan Tempat Ketiga masing-masing memenangi RM3,000 dan RM1,000. Selain itu, 20 pemenang saguhati akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM200 setiap seorang.


Pertandingan ini turut mendapat sokongan daripada nama-nama besar dalam dunia fotografi, termasuk Jimmy Goh, seorang fotojurnalis dari Daily Express dan Overseas Chinese Daily News, serta Dr. Danny Kok, bekas Pengerusi Persatuan Seni & Fotografi Sabah.


Pemenang pertandingan akan diumumkan semasa Majlis Upcycle @ Recology pada 9 Februari 2025, di mana hasil karya mereka turut dipamerkan kepada orang ramai.


Borang penyertaan dan peraturan pertandingan boleh diakses melalui imbasan Kod QR atau pautan berikut: [https://forms.gle/ZLUwejaHwtQzUwXb9](https://forms.gle/ZLUwejaHwtQzUwXb9).


Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh mengunjungi laman TikTok atau Facebook “KK Bersih Dan Hijau” atau menghubungi penganjur di nombor telefon yang tertera.

Comments


bottom of page