top of page

DBKK Kompaun Empat Penjaja Ikan

nabalunews

14 Mac 2025


KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengeluarkan kompaun terhadap empat penjaja gerai ikan selepas didapati menyebabkan halangan di sekitar bangunan Pasar Ikan di sini, Rabu lalu.


Operasi bermula jam 10 pagi yang melibatkan Jabatan Pelesenan serta Jabatan Penguatkuasaan, DBKK itu turut menyita tong ikan yang didapati menghalang laluan pengunjung.


DBKK dalam satu kenyataan berkata, tindakan kompaun itu dibuat kerana penjaja gagal mematuhi arahan yang dibuat DBKK sebelum ini.

“Hasil pemeriksaan mendapati, empat penjaja masih menyimpan tong ikan sehingga menghalang beberapa laluan di sekitar bangunan pasar ikan, walaupun sudah ditegur beberapa kali sebelum ini.


“Selain itu, pasukan operasi turut menyita tiga tong ikan kerana diletakkan di kawasan kaki lima pasar,” katanya.


Bagaimanapun katanya, tiada peniaga yang menuntut tong berkenaan semasa pemeriksaan dijalankan.


“Sepanjang pemeriksaan dijalankan, keadaan adalah terkawal dan berjalan dengan lancar,” katanya.


Sehubungan itu, DBKK menyeru para penjaja di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu supaya sentiasa patuh kepada peraturan dan undang-undang ditetapkan.


Katanya, ia bagi memastikan keteraturan dan kesejahteraan bandar raya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page