top of page

DBKK laksana operasi gotong-royong, jaga kebersihan kawasan Likas

  • nabalunews
  • 10 minutes ago
  • 1 min read


24 April 2025


KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah melaksanakan Operasi Gotong-Royong yang melibatkan dua kawasan utama di Likas, iaitu Anjung Perdana dan Taman Kurnia Jaya pada Isnin lalu.


Seramai 207 anggota DBKK terlibat dalam operasi bermula jam 8.30 pagi hingga 12 tengah hari itu, membabitkan pelbagai jabatan termasuk Jabatan Penguatkuasaan (JP), Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya (JKPB), Jabatan Landskap (JL), Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal (JPSP), Jabatan Kejuruteraan (JK) dan Jabatan Pelesenan (JPL).


“Di Anjung Perdana, kerja-kerja pembersihan melibatkan pemotongan rumput, pembersihan parit, pelupusan sampah dan pemeriksaan aspek kebersihan terhadap 69 lot gerai jualan makanan.


“Operasi ini telah berjaya melupuskan 50 beg sampah, sealing membersihkan saliran air dan longkang bagi mengelakkan kejadian tersumbat. Empat lot gerai juga telah diarahkan tutup oleh JKPB kerana gagal mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan.


“Sementara itu, operasi di Taman Kurnia Jaya melibatkan 72 lot rumah dengan penggunaan tiga buah lori,” lapor DBKK dalam satu kenyataan.


Fokus pembersihan merangkumi pelupusan sampah, pembersihan parit, pemangkasan pokok, pemeriksaan pembentungan, penaburan racun nyamuk jenis serbuk serta pengeluaran notis teguran terhadap kenderaan-kenderaan terbiar.


“DBKK akan terus komited dalam melaksanakan pemeriksaan dan operasi gotong-royong dari masa ke masa, bagi memastikan persekitaran Bandaraya Kota Kinabalu yang lebih bersih, selamat dan kondusif untuk warganya.”

Comentarios


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page