top of page

DBKK tambah aset pembersihan, mantapkan kualiti perkhidmatan

nabalunews


28 Mac 2025


KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memperkukuhkan keupayaan perkhidmatan kebersihannya dengan penambahan aset lori kompaktor dan lori roro baharu.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, menegaskan inisiatif itu seiring usaha pemantapan kualiti perkhidmatan kebersihan sekitar bandaraya.


Katanya, penyerahan pembelian tiga unit lori kompaktor dan satu lori roro jenama Nissan UD Truck dilaksanakan di Depoh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal (JPSP) pada 17 Mac lalu.


“Semua lori kompaktor ini boleh menampung sehingga lapan tan sisa buangan, pengendalian system hidraulik menggunakan system separa automatic, system pelinciran automatik serta tempat duduk berhawa dingin.


“Pemandu dan anggota pengendali JPSP turut diberikan latihan pengendalian di lapangan, bagi memastikan ia dapat dikendalikan menggunakan kaedah yang betul,” katanya.


Menurutnya, lori kompaktor tersebut mengguna pakai reka bentuk terkini dan telah mendapat sambutan baik di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page