top of page
Writer's pictureIlona Andrew

Demonstrasi #Lawan sedang berlangsung di Dataran Merdeka


Sumber Twitter

31 Julai 2021

Oleh Ilona Andrew


KUALA LUMPUR: Sekumpulan penunjuk perasaan berbaju hitam telah mula berkumpul berhampiran Dataran Merdeka sekitar jam 11 pagi tadi bagi mengadakan protes jalanan #Lawan.


Beberapa pemuda yang menyertai protes itu dilihat memakai topi keras berwarna putih. Ada di antara mereka juga membawa bendera hitam dan plakat yang membawa mesej menuntut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kabinetnya untuk meletak jawatan.


Protes itu juga bertujuan untuk mendesak sidang Parlimen diteruskan dan moratorium pinjaman automatik dilaksanakan untuk rakyat Malaysia.


Walaupun berada dalam bilangan yang besar, kumpulan yang berada di lokasi itu dilihat mematuhi penjarakan sosial. Terdahulu, mereka telah diingatkan untuk mematuhi langkah-langkah pencegahan Covid-19 dengan ketat.

Sumber Twitter

Laungan yang berbunyi seperti "Hidup rakyat" turut didengari melalui video yang dimuat naik oleh para penunjuk perassan.


Difahamkan, sekumpulan para peguam berketrampilan juga berada di lokasi tersebut untuk menyediakan bantuan guaman.


Menjelang pukul 11.30 pagi ketika menuju ke Dataran Merdeka, jumlah peserta dipercayai semakin bertambah sehingga 800 orang.


Beberapa mereka juga dilihat membawa alat peraga kelihatan seperti mayat yang dibalut dengan kain putih yang mungkin menjadi simbol angka kematian yang semakin meningkat di Malaysia akibat kegagalan Kerajaan dalam menangani pandemik Covid-19.

Perhimpunan ini dianjurkan oleh Sektretariat Solidariti Rakyat gabungan kumpulan pemuda dan masyarakat sivil.


תגובות


bottom of page