top of page

Dewan Serbaguna Kampung Sokid Bundu Tuhan, terbakar

  • nabalunews
  • Aug 20, 2024
  • 1 min read

20 Ogos 2024


KUNDASANG: Dewan Serbaguna Kampung Sokid, Bundu Tuhan di sini terbakar dalam kejadian tengahari tadi.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 12.09 tengahari tadi.


Katanya sepasukan 7 pegawai dan anggota dari BBP Ranau bersama sebuah jentera pemadam api dan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak 28 kilometer dari balai.


"Kebakaran melibatkan sebuah dewan serbaguna jenis separuh kekal berkeluasan 595 meter persegi yang terbakar 60%.


"Operasi pemadaman menggunakan 1 aliran 200 kaki 2 pancutan sumber air dari tangki jentera. Tiada mangsa terlibat dilaporkan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya kebakaran dapat dikawal jam 1.30 petang.


Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page