Dexter Bakal Tanding Jawatan Presiden MCCC Sabah

16 Mac 2025
KOTA KINABALU: Pengarah Eksekutif KTC, Datuk Dexter Lau secara rasmi menyuarakan hasrat untuk bertanding jawatan Presiden Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC) Cawangan Sabah dalam sesi pemilihan yang dijadualkan berlangsung Mei depan.
Berdasarkan kepada pengalaman luas dalam bidang perniagaan, Dexter bertekad untuk membawa MCCC Sabah ke arah masa depan yang lebih dinamik dan berdaya saing.
Dexter berkata, beliau sudah membentuk satu pasukan rakan sekerja yang akan membantunya memimpin MCCC Sabah ke arah yang lebih progresif.

Katanya, menerusi sokongan padu ahli-ahli MCCC Sabah, beliau percaya mereka akan dapat bekerjasama secara efektif untuk memperkukuh landskap perniagaan di negeri ini.
Sementara itu, pemilihan Presiden MCCC Sabah pada Mei depan dijangka menjadi acara penting dalam menentukan hala tuju masa depan organisasi ini.
Ia dilihat mampu memainkan peranan besar dalam memperkukuh hubungan ekonomi dan perdagangan antara Malaysia dan China menerusi penglibatan aktifnya dalam Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC).

Untuk rekod, Dexter kini menjawat jawatan Timbalan Pengerusi MCCC Cawangan Sabah dan juga merupakan ahli Jawatankuasa Kebangsaan MCCC Malaysia.
Comments