top of page

Dhabitah mahu ke Olimpik Los Angeles 2028

nabalunews

13 Ogos 2024


SEPANG: Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri yakin masih mampu menampilkan terjunan terbaik sekali gus bertekad untuk mara ke Sukan Olimpik Los Angeles pada 2028.


Menurut Dhabitah, beliau amat mencintai sukan tersebut dan percaya masih ada sesuatu yang boleh disumbangkannya.


Namun, beliau menegaskan mahu berehat seketika sebelum memikirkan perancangan seterusnya.


"Ya, saya masih cintakan sukan ini. Saya fikir saya masih mampu menyumbang banyak lagi dengan program dan bimbingan yang betul," katanya selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Paris, hari ini.


Pada Sukan Olimpik Paris, penerjun berusia 25 tahun itu mengakhiri saingan terjun 3 meter papan anjal wanita di kedudukan ke-12.


Mengulas mengenai penampilan Olimpik ketiganya itu, Dhabitah mengakui tidak menyesal selain percaya jika masa mencukupi untuknya bersedia, beliau akan mendapat keputusan yang lebih baik.


"Dari tiga Olimpik, semuanya saya berpuas hati walaupun kali ini ianya bukanlah keputusan yang kita mahukan, tetapi saya dan jurulatih gembira dan tidak ada penyesalan kerana kita sudah berikan yang terbaik.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page