top of page
nabalunews

Diskaun saman trafik sehingga 60 peratus sempena program dua tahun Kerajaan MADANI



20 November 2024

 

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun sehingga 60 peratus bagi saman trafik terpilih, sebagai sebahagian daripada Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024. Tawaran ini berlangsung selama tiga hari bermula 22 hingga 24 November di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. 

 

Menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN), kaunter pembayaran akan dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang sepanjang program tersebut.

 

Namun, diskaun ini tidak melibatkan saman untuk kesalahan berat seperti melanggar lampu isyarat merah, menggunakan lorong kecemasan, memotong secara berbahaya, dan memotong garisan kembar. 

 

Selain itu, saman berkaitan kemalangan, saman non-compound (NC), saman bicara mahkamah, saman lori, saman pengubahsuaian ekzos, dan saman Ops Selamat juga tidak termasuk dalam penawaran ini. 

 

Program bertemakan "MADANI di Hati, Rakyat Disantuni" ini turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti reruai pameran, perkhidmatan terus kerajaan, sesi interaktif dengan agensi kerajaan, pameran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), karnival kerjaya, serta jualan MADANI. 

Comments


bottom of page