top of page

DR MAHATHIR SANGKAL DAKWAAN BERI SOKONGAN KEPADA SEORANG INDIVIDU JADI PERDANA MENTERI

nabalunews

Tun Dr.Mahathir

13 OKTOBER 2020


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa beliau tidak pernah memberi sokongan kepada mana-mana individu untuk menjadi calon perdana menteri.

Bekas perdana menteri itu berkata beliau kini bersama parti baharu ditubuhkannya iaitu Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak atau individu yang mempunyai cita-cita untuk mendapatkan sesuatu jawatan.

“Saya diberitahu bahawa kononnya saya menyokong seseorang daripada calon yang ingin menjadi Perdana Menteri, saya ingin menyatakan bahawa saya tidak pernah memberi sokongan kepada sesiapa pun sebagai calon untuk menjadi Perdana Menteri.


“Saya harap tidak ada lagi percubaan menyatakan saya sudah menyokong si polan-si polan (merujuk kepada seorang individu). Tiada sokongan terima kasih,” katanya menerusi Facebook hari ini. - Bernama

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page