top of page

Dua Adun PH Sabah dilantik dalam kabinet Hajiji

Wartawan Nabalu News

Christina (tengah), Phoong (kanan) dan James mengangkat sumpah di Istana Negeri, hari ini.

11 Januari 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Harapan (PH) Sabah dilantik dalam kabinet negeri Sabah yang baharu selepas rombakan.


Adun Api-Api Datuk Christina Liew dilantik sebagai Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar menggantikan Datuk Jafry Ariffin (BN-Sukau).


Manakala Adun Luyang Phoong Jin Zhe pula dilantik sebagai Menteri Pembangunan Perindustrian menggantikan Datuk Seri Panglima Dr.Joachim Gunsalam (PBS) yang kini memegang portfolio Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Timbalan Ketua Menteri II.


Selain Adun PH Sabah, seorang lagi muka baru Datuk James Ratib (BN-Sugut) dilantik sebagai Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat.


Adun Tanjung Keramat Datuk Ir.Shahelmey Yahya pula dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah menggantikan Adun Lamag Datuk Bung Moktar Raden.


Dalam rombakan kabinet Sabah, Bung, Yakub Khan dan Jafry Ariffin digugurkan.


Senarai Penuh Kabinet Negeri Sabah 2023:


Ketua Menteri:

Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor


Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan:

Datuk Seri Panglima Dr.Jeffrey Kitingan


Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan:

Datuk Seri Panglima Dr.Joachim Gunasalam


Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya:

Datuk Ir.Shahelmey Yahya


Menteri Kewangan:

Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun


Menteri Pembangunan Luar Bandar:

Datuk Jahid Jahim


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi:

Datuk Dr.Haji Mohd Arifin Haji Mohd Arif


Menteri Belia dan Sukan:

Datuk Ellron Angin


Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat:

Datuk James Ratib


Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar:

Datuk Christina Liew


Menteri Pembangunan Perindustrian:

Phoong Jin Zhe




Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page