Dua juragan ditahan bersama 10 PATI
![](https://static.wixstatic.com/media/d65831_a87b0248f0bb4261baf0d531f7d37ab9~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_735,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/d65831_a87b0248f0bb4261baf0d531f7d37ab9~mv2.jpg)
6 Februari 2025
SANDAKAN: Cubaan dua juragan membawa masuk 10 individu warga Filipina gagal apabila ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) yang sedang melaksanakan Op Taring Landai Khas Kontraban.
Semua Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) berusia lingkungan dua hingga 64 tahun ditahan di kawasan perairan Laut Pulau Berhala, di sini, pada 2.30 pagi, semalam.
Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Mohd Nazri Ibrahim berkata, semua PATI yang menaiki bot tunda dan dua bot laju itu ditahan PPM selepas dikesan dalam keadaan mencurigakan.
![](https://static.wixstatic.com/media/d65831_3d4b484d8ca64909aa72ec9787a828b0~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_735,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/d65831_3d4b484d8ca64909aa72ec9787a828b0~mv2.jpg)
Katanya, pasukan operasi terus bertindak menahan bot berkenaan dan menjalankan pemeriksaan terhadap kedua-dua bot.
"Hasil pemeriksaan mendapati, kedua-dua bot sedang dalam proses memindahkan penumpang.
“Semua penumpang itu disyaki tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah," katanya ketika dihubungi, hari ini.
![](https://static.wixstatic.com/media/d65831_e25ad52622e24226a44848c85392d2f8~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_735,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/d65831_e25ad52622e24226a44848c85392d2f8~mv2.jpg)
Menurutnya, pasukan operasi terus menahan dua juragan dan 10 penumpang serta merampas kedua-dua bot berkenaan.
"Tangkapan dan rampasan seterusnya dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan dan siasatan lanjut.
![](https://static.wixstatic.com/media/d65831_1a81540fb1c44498a4e7d338f09ec60b~mv2.jpg/v1/fill/w_980,h_735,al_c,q_85,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/d65831_1a81540fb1c44498a4e7d338f09ec60b~mv2.jpg)
"Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM219,500," katanya.
Menurutnya, kes mengikut Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) (Pindaan) 2022 dan Akta Imigresen 1959/63.
תגובות