top of page
nabalunews

Dua mangsa bencana alam di Kampung Tolus perlu bantuan baiki bumbung rumah

5 November 2024


KOTA BELUD: Kejadian angin kencang pada 25 Oktober lalu telah menyebabkan kerosakan pada bumbung dua buah rumah di Kampung Tolus, Kadamaian.


Penduduk yang terkesan dalam bencana alam itu ialah Luntid Randah dan Kerismeni Kayangoh yang kini menetap di kediaman mereka dalam keadaan kurang selesa setelah atap rumah mereka diterbangkan angin kencang.


Prihatin dengan musibah yang menimpa keluarga berkenaan, Pegawai Pembangunan Masyarakat di Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N11 Kadamaian, Juin Kolod dan Pegawai Pusat Khidmat ADUN N11 Kadamaian, yang juga Ketua Penerangan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Bahagian Kota Belud, Jolyhame Saran, telah mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian Datuk Ewon Benedick, melawat rumah Luntid dan Kerismeni, hari ini.


Mereka meluangkan masa meninjau kerosakan rumah ini serta mengambil maklum mengenai keperluan peralatan memperbaiki bumbung rumah yang rosak.

Comments


bottom of page