top of page

Dua parah, enam cedera

  • nabalunews
  • 2 hours ago
  • 1 min read


20 April 2025


KINABATANGAN: Dua parah manakala enam lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kampung Jaya Baru, Jalan Bukit Garam, dekat sini, semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, kemalangan yang melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah Toyota Hilux Revo dan Proton Saga FLX.


Ketua Balai Bomba Kinabatangan, Hairi Otoh berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 2.44 petang.



Katanya, sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera terus dikerah ke lokasi kejadian untuk membantu.


“Enam mangsa yang menaiki Proton Saga dilaporkan mengalami kecederaan, manakala dua mangsa yang menaiki Toyota Hilux Revo tidak mengalami sebarang kecederaan.


“Dua mangsa parah, iaitu seorang wanita berusia 44 tahun dan kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang turut cedera di kepala, kaki dan tangan,” katanya.


Menurutnya, pasukan operasi bertindak membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan bantuan orang awam.


Katanya, semua mangsa yang cedera dihantar ke hospital menggunakan dua ambulans KKM untuk rawatan lanjut.


“Pasukan bomba kemudiannya melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.39 petang,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page