Dua rumah terjejas akibat tanah runtuh
31 Januari 2025
LAHAD DATU: Dua rumah di Kampung Buang Sayang Segama, di sini, mengalami kerosakkan selepas berlaku kejadian tanah runtuh, pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian berkenaan pada jam 8.47 pagi.
Katanya, pihaknya terus mengerahkan sepasukan anggota dan pegawai bersama jentera ke lokasi kejadian untuk membantu.
“Hasil pemantauan berlaku kejadian tanah runtuh dan mengakibatkan dua rumah mengalami kerosakan di bahagian belakang.
“Bagaimanapun kejadian tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, pasukan operasi kemudiannya membuat pemantauan dan memasang sawar-sawar di lokasi.
Katanya, pemilik rumah juga dinasihatkan supaya berpindah ke Pusat Penempatan Sementara berhampiran untuk keselamatan dan tindakan selanjutnya.
“Pasukan bomba terus melakukan pemeriksaan akhir bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.35 pagi,” katanya.
תגובות