top of page

Dua suspek tikam majikan berjaya ditahan

nabalunews

6 Februari 2025


BELURAN: Dua suspek yang diburu selepas menikam majikannya menggunakan besi dipercayai tombak buah kepala sawit berjaya ditahan, petang semalam.


Kedua-dua suspek berusia 23 dan 50 tahun itu ditahan di kawasan berhampiran Ladang Maxland, Tongod, kira-kira jam 5 petang.


Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Hasan Majid berkata, kedua-dua suspek berjaya dikesan hasil maklumat awam.


“Dengan tertangkapnya kedua-dua suspek, pihak polis berjaya menyelesaikan kes berkenaan.


“Kedua-dua suspek akan ditahan reman bermula Khamis ini untuk membantu siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.


Hasan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh dikenakan sebat.


Sehubungan itu, Hasan mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang awam yang membantu menyalurkan maklumat hingga tertangkapnya kedua-dua suspek.


Terdahulu, dalam kejadian 1 Februari lalu, kedua-dua suspek dikatakan mencederakan dan merompak termasuk melarikan kereta milik majikannya dalam kejadian di Kampung Napagang Entilibon, Tongod, di sini.


Dalam kejadian itu, mangsa, 50, yang juga pemilik kebun dan anaknya, 23, parah akibat ditikam menggunakan besi dipercayai tombak buah kepala sawit.


Kedua-dua mangsa yang cedera di kepala serta badan difahamkan berada dalam keadaan stabil dan menerima rawatan di Hospital Duchess Of Kent (HDOK), Sandakan.

Commenti


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page