DUA WANITA BERJAYA DISELAMATKAN DALAM KEBAKARAN DI KOMPLEKS KARAMUNSING
29 OKTOBER 2020
KOTA KINABALU: Dua wanita terperangkap dalam kebakaran di bangunan Kompleks Karamunsing petang semalam (Rabu), berjaya diselamatkan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu berkata pihaknya selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 5.43 petang Rabu.
“Seramai 34 anggota bomba dari BBP Kota Kinabalu dan Lintas digegaskan ke tempat kejadian.
“Atas tindakan pantas pasukan penyelamat, kedua-dua wanita yang terperangkap di tingkat lima bangunan itu berjaya diselamatkan dan tidak mengalami kecederaan,” katanya.
Beliau berkata, pihak bomba berjaya mengawal api daripada merebak dan memadam kebakaran pada jam 7.30 malam.
“Berdasarkan siasatan awal, kebakaran dipercayai berpunca dariapada longgokan kertas di sekitar tangga tingkat satu dan dua,” katanya.
Bagaimanapaun katanya, punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan.
Pada masa yang sama, pasukan polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu turut berada di lokasi untuk membantu.
ความคิดเห็น