e.MAS 7 kereta rasmi ASEAN 2025
17 Disember 2024
KUALA LUMPUR: Kenderaan elektrik (EV) pertama Proton, e.MAS 7, dipilih sebagai kereta rasmi Malaysia sebagai pengerusi ASEAN pada 2025, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata Malaysia berharap dapat menunjukkan contoh di rantau ini dalam mempromosikan pembangunan EV, sejajar komitmen untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih negara.
“Dalam masa terdekat, saya juga gembira melihat kereta ini akan dibina di Tanjung Malim, menaikkan taraf vendor Malaysia melalui pemindahan teknologi dan kemahiran baharu yang berkaitan dengan EV,” katanya pada majlis pelancaran e.MAS 7, di sini pada Isnin, lapor Bernama.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Comments