top of page

Empat daripada 16 pakej Pan Borneo Sabah Fasa 1A siap

  • nabalunews
  • 3 hours ago
  • 1 min read


22 April 2025


KOTA KINABALU: Empat daripada 16 pakej Fasa 1A pembinaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah telah disiapkan.


Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, baki 12 pakej kerja lagi sedang dalam pembinaan dengan status kemajuan 81.7 peratus siap.


"Bagi Fasa 1B pula, baki 19 pakej kerja sedang dilaksanakan dengan status kemajuan semasa 3.06 peratus siap," katanya menerusi hantaran Facebook selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, semalam.


Nanta berkata, kunjungan hormat tersebut diadakan antara lain sebagai ruang kepada pasukan Kementerian Kerja Raya dan agensinya, untuk membincangkan pelbagai isu infrastruktur jalan raya di bawah seliaan Kerajaan Persekutuan.


Dalam pada itu, katanya, kunjungan itu bertujuan mengukuhkan lagi kerjasama erat di antara Kerajaan Persekutuan dan Sabah, bagi memastikan kelancaran projek infrastruktur yang sedang dilaksanakan agar manfaatnya dapat dinikmati oleh rakyat negeri ini.


Menurutnya, bagi tahun 2025, sejumlah RM323.69 juta telah diperuntukkan bagi pelaksanaan program penyenggaraan infrastruktur jalan raya di Sabah.


“Seiring dengan aspirasi Kerajaan Madani yang menekankan kesejahteraan rakyat, sinergi kerjasama erat akan terus dipertingkatkan bersama Kerajaan Sabah dalam menjayakan projek infrastruktur di negeri ini.


“Ia seterusnya akan memastikan kemakmuran seimbang dapat dinikmati oleh semua rakyat Malaysia,” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page