top of page

Empat kanak-kanak bukan Islam antara 70 yang sertai Program Berkhatan Harapan Rakyat Merotai

nabalunews

Liew menggunakan pili Bomba untuk menjirus air ke kanak-kanak yang menyertai Program Berkhatan
Liew menggunakan pili Bomba untuk menjirus air ke kanak-kanak yang menyertai Program Berkhatan

01 Februari 2025


Oleh: Wartawan Nabalu News


TAWAU: Empat kanak-kanak bukan Islam menjadi antara 70 orang yang menyertai Program Berkhatan Harapan Rakyat Merotai di Klinik Kesihatan Merotai, hari ini.


Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah, Brig Jen (B) Tan Sri Liew Yun Fah berkata, program berkenaan adalah hasil inisiatif pihaknya yang memberikan khidmat khatan secara percuma.


"Bagaimanapun, program kali ini terhad kepada 70 kanak-kanak saja kerana terpaksa mengambil kira kapasiti tempat di Klinik Kesihatan Merotai.

Liew bergambar bersama antara kanak-kanak yang menyertai program itu.
Liew bergambar bersama antara kanak-kanak yang menyertai program itu.

“Sebagai pemimpin, kita mahukan yang terbaik untuk rakyat dan program itu dilihat dapat memudahkan penduduk kampung sekitar Merotai khususnya golongan yang kurang berkemampuan,” katanya.


Liew berkata, selain berkhatan, pihaknya turut membuka ruangan pemeriksaan kesihatan khusus untuk golongan wanita di lokasi yang sama.


Sementara itu, penduduk Kampung Iban, Joseph anak Saung, 52, berkata, dia mengambil keputusan untuk menghantar anak menyertainya selepas menerima makluman penganjuran program berkenaan.


Katanya, itu merupakan pengalaman pertama mengkhatankan anak lelakinya, Reckly Cliff Baxter, 12, yang merupakan satu-satunya anak lelaki dari lima beradik.


"Memandangkan Reckly adalah satu-satunya anak lelaki saya, saya bercadang untuk mengkhatankannya seperti juga kanak-kanak lelaki masa kini.


"Sudah tentu program ini memudahkan bukan saja untuk kanak-kanak, tetapi juga ibu bapa seperti saya yang baru pertama kali menghantar anak berkhatan,"katanya lagi.


Beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada Tan Sri Liew Yun Fah dan Parti Harapan Rakyat Sabah kerana sudi menganjurkan program itu secara percuma untuk penduduk Merotai.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page