top of page
nabalunews

Empat mangsa banjir di Batu 12, Sandakan diselamatkan




16 Januari 2025


SANDAKAN: Empat mangsa, termasuk tiga kanak-kanak, berjaya diselamatkan oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas terperangkap dalam rumah akibat banjir di Batu 12, Sandakan, petang tadi.


Menurut Komander Operasi PB Alias Bin Hamka, pasukan bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 1:49 petang dan tiba di lokasi kejadian pada jam 3:03 petang.


“Operasi melibatkan tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan bersama bantuan tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).


“Mangsa yang terlibat terdiri daripada seorang wanita dewasa, dua kanak-kanak lelaki, dan seorang kanak-kanak perempuan.


“Kesemua mereka telah dipindahkan ke kawasan selamat, dan pemantauan berterusan dilakukan di kawasan yang dinaiki air,” menurut kenyataan JBPM Sabah.

Tags:

Kommentare


bottom of page