Ewon adakan lawatan kerja ke Kompleks Premis Usahawan SME Bank

24 Februari 2025
PUTATAN: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Premis Usahawan SME Bank (Entrepreneur Premises Complex - EPC) di Lok Kawi, di sini, hari ini.
Mesyuarat tertutup itu, turut dihadiri oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick, ketua-ketua jabatan dan agensi Persekutuan serta kerajaan negeri.
Beliau berkata, di seluruh Malaysia, terdapat 26 EPC SME Bank dengan jumlah 454 lot premis dan 90% diisi oleh usahawan PMKS negara.

Katanya, setakat tahun 2023, keseluruhan EPC ini telah menjana perolehan sebanyak RM900 juta dan menyediakan 2,700 pekerjaan.
“Di Sabah, EPC di Lok Kawi memiliki 15 lot premis yang diisi oleh usahawan-usahawan tempatan untuk mengeluarkan produk masing-masing.
“Usahawan-usahawan tersebut ialah Jazbah Enterprise Sdn Bhd, AFCL Bioscience Sdn Bhd, Jalina Resources Millionaire, Mix Venture Manufacturing Sdn Bhd, Widaya, Healthy Ice, Reachwells Trading dan Hajah Yanong Frozen Food Enterprise.

“Saya berbangga kerana usahawan-usahawan Sabah ini yang terus membangunkan produk masing-masing termasuk dengan perolehan mesin-mesin baharu yang boleh meningkatkan kapasiti pengeluaran, persijilan serta perluasan akses pasaran,” katanya.

Ewon berkata, sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam pembangunan keusahawanan, beliau akan memberi sokongan penuh kepada SME Bank untuk menyediakan lebih banyak premis usahawan seperti ini terutama dalam Rancangan Malaysia Ketigabelas (RMK13) nanti.
Comments