Ewon adakan perjumpaan dengan Perdana Menteri bincang pembangunan Sabah
18 Januari 2023
Oleh Wartawan Nabalu News
PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Usahawan dan koperasi Datuk Ewon Benedick mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan perkara-perkara termasuk pembangunan di Sabah.
Ewon yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dan Ahli Parlimen Penampang mengadakan pertemuan itu selepas Mesyuarat Jemaah Menteri di putrajaya, di sini, hari ini.
“Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana amat terbuka dan prihatin mengenai perkara-perkara yang telah saya bincangkan dengan beliau,” katanya.
Comments