top of page

Ewon adakan tinjauan mesra di Tamu Donggongon

Wartawan Nabalu News

Ewon (dua dari kiri) bersalaman dan berbual mesra dengan penduduk Penampang, turut kelihatan Jannie.

27 Oktober 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick mengadakan lawatan mesra di sekitar Tamu Sangadau Donggongon, di sini, kelmarin.


Naib Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) itu diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kapayan Jannie Lasimbang.


Selain menemui para peniaga di kawasan itu, mereka turut melawat Kaunter Perkhidmatan Bergerak yang disediakan Pejabat Perhubungan Adun Kapayan setiap minggu di Pekan Donggongon.


Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini, kerusi Parlimen Penampang akan menyaksikan pertembungan antara dua pemimpin muda yang disegani iaitu Ewon dan penyendang kerusi Parlimen Penampang Timbalan Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Darell Leiking.



Ewon berkata, beliau bersedia menawarkan kepimpinan baharu dan khidmat terbaik untuk penduduk Penampang.


Pada PRU14, Darell memenangi kerusi Parlimen Penampang dengan jumlah undi 32,470 menewaskan calon-calon lain.



Selain Darell dan Ewon, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dijangka turut meletakkan calon iaitu Kenny Chua mewakili Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), bagaimanapun belum ada pengumuman rasmi setakat ini.


Hari penamaan calon ditetapkan pada 5 November ini, manakala hari pengundian awal pada 15 November dan 19 November sebagai hari pengundian bagi PRU15.




Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page