top of page
nabalunews

Ewon alu-alukan Shell jadi rakan strategik KUSKOP

30 November 2024


KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick mengalu-alukan kerjasama strategik antara kementerian dan Shell sebagai syarikat anchor atau vendor.


Dalam hal ini, beliau meminta Bahagian Pembangunan Francais dan Vendor Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) mengadakan perbincangan dengan syarikat Shell.


“Perbincangan ini adalah mengenai hasrat kita untuk menjalin kerjasama dengan Shell untuk membangunkan syarikat-syarikat vendor.

“Setakat ini, di bawah Program Pembangunan Vendor, kita telah menandatangani 40 perjanjian persefahaman dengan 40 syarikat multi nasional termasuk Petronas, Perodua dan Bank Rakyat,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan majlis Anugerah Kebangsaan Shell LiveWIRE Malaysia, di Hyatt Centric, di sini, hari ini.


Ewon berkata, di Sabah, KUSKOP masih berbincang dengan Sabah Electricity dan Qhazanah Sabah Berhad.

“Mudah-mudahan perbincangan kementerian dengan Shell juga boleh menjadikan shell sebagai satu syarikat anchor.


Mengenai usahawan yang menerima anugerah Shell, Ewon mengalu-alukan mereka supaya memohon skim-skim pembiayaan yang disediakan oleh agensi-agensi KUSKOP.


“Saya ingin menawarkan kepada usahwan dan koperasi supaya mendapatkan skim-skim di bawah insistif KUSKOP dan agensi terutamanya geran-geran padanan untuk membangunkan atau mengembangkan perniagaan mereka sehingga pasaran antarabangsa,” katanya.

תגובות


bottom of page