top of page
Wartawan Nabalu News

Ewon bantu selesaikan masalah jalan Gereja SIB Taginambur


Parit dan jalan menuju ke Gereja SIB Taginambur yang rosak kini siap dibaiki.

2 Julai 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Masalah parit dan jalan utama menuju ke Gereja SIB Taginambur, SK Taginambur dan Tadika Pelita Taginambur mendapat perhatian wakil rakyat Kadamaian.


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick berkata, ia adalah antara tanggungjawab beliau kepada rakyat kawasan itu.


“Saya akan terus berusaha membantu menyelesaikan masalah dan meringankan bebanan penduduk kampung terutamnya melibatkan kemudahan asas seperti pembaikan kerosakan jalan raya, parit dan jambatan.

Ewon meninjau kerja-kerja membaiki jalan ke Gereja SIB Taginambur.

“Saya berharap dengan siapnya pembaikan jalan ini akan memberi keselesaan kepada para pengguna,” katanya.


Ewon menyatakan demikian semasa singgah meninjau aktiviti gotong-royong membaiki parit dan jalan raya ke gereja tersebut hari ini.


Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Ewon menyalurkan sumbangan bagi membiayai pengorekan dan pemasangan culvert baru, batu dan lori konkrit melibatkan kos sebanyak RM3,200.

Beliau turut menyampaikan sumbangan tambahan RM1,000 bagi aktiviti gotong-royong seterusnya membersihkan pokok dan rumput semak di sepanjang jalan gereja tersebut.


Sementara itu Pengerusi Gereja SIB Taginambur Justin Linsayan merakamkan ucapan terima kasih kepada Ewon atas keprihatinan beliau menyalurkan sumbangan untuk tujuan pembaikan jalan dan parit.

“Jalan ini bukan sahaja digunakan oleh umat gereja untuk menunaikan ibadah setiap minggu tetapi juga laluan utama murid-murid yang bersekolah di SK Taginambur dan Tadika Pelita Taginambur.


“Jalan ini sering mengalami kerosakan kerana masalah parit dan hakisan tanah, menyukarkan kenderaan melaluinya,” katanya.

Comments


bottom of page