Ewon beri penghormatan terakhir Pope Francis, hadiri misa pengebumian
- Wartawan Nabalu News
- 10 hours ago
- 1 min read

27 April 2025
VATICAN: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick bersama pemimpin-pemimpin dunia menghadiri dan mengikuti upacara misa dan pengebumian Pope Francis di St.Peter Square, di sini, kelmarin.
Kerajaan Malaysia diwakili oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Dato’ Sri Azalina Othman Said dan Ewon.
Antara pemimpin negara kuasa besar dunia yang hadir ialah Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, bekas Presiden Amerika Syarikat Joe Biden dan bekas Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokawi).
Upacara misa yang dihadiri ratusan ribu orang dari pelbagai agama seluruh dunia itu dijalankan dalam Bahasa Latin disiarkan secara langsung di seluruh dunia.
“Pada Jumaat, saya bersama Duta Besar Malaysia ke Holy See, Hendy anak Assan memberikan penghormatan terakhir kepada Pope Francis di St.Peter Basilica.
“Ini merupakan satu pengalaman yang amat menakjubkan bila berada di tempat ini, apatah lagi memberikan pengormatan terakhir kepada Pope Francis.
“Kelmarin (Sabtu) saya bersama-sama dengan Azalina dan semua pemimpin negara kuasa besar dunia telah mengikuti upacara misa dan pengebumian Pope Francis di Dataran St.Peter.
“Pope Francis telah meninggalkan kita dengan banyak legasi khususnya wacana beliau, pandangan dan pesanan beliau kepada kita semua khususnya umat Katolik di dunia,” kata Ewon.
Comments