Ewon dilantik Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi

2 Disember 2022
Oleh Wartawan Nabalu News
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam ini.
Sebelum ini Ewon, 39, pernah memegang jawatan sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah pada tahun 2018.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian, bertekad merangka hala tuju kementerian itu supaya lebih positif dan menyumbang kepada kemajuan bidang keusahawan negara.
Terdahulu, dalam sidang media pengumuman barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, Anwar berkata, kesemua 28 Menteri Kabinet yang baru dilantik itu akan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada jam 3 petang esok.
Jumlah saiz barisan kabinet itu lebih kecil berbanding seramai 31 jemaah menteri dalam kerajaan yang terbentuk sebelum ini.
Kabinet Kerajaan Perpaduan 2022
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan:
Anwar Bin Ibrahim
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah:
Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi:
Fadillah Bin Yusof
Menteri Pengangkutan:
Loke Siew Fook
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan:
Mohamad Bin Sabu
Menteri Ekonomi:
Mohd Rafizi Bin Ramli
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan:
Nga Kor Ming
Menteri Pertahanan:
Mohamad Haji Hasan
Menteri Kerja Raya:
Alexander Nanta Linggi
Menteri Dalam Negeri:
Saifuddin Nasution Bin Ismail
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri:
Tengku Zafrul Bin engku Abdul Aziz
Menteri Pendidikan Tinggi:
Mohamed Khaled Nordin
Menteri Sains dan Teknologi:
Chang Lih Kang
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat:
Nancy Binti Shukri
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup:
Salahuddin Bin Ayub
Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi:
Azalina Binti Othman
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim:
Nik Nazmi Bin Nik Ahmad
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi:
Ewon Benedick
Menteri Luar Negeri:
Zambry Bin Abd.Kadir
Menteri Pelancongan:
Tiong King Sing
Menteri Komunikasi Digital:
Ahmad Fahmi Bin Mohamed Fadzil
Menteri Pendidikan:
Fadhlina Binti Sidek
Menteri Perpaduan Negara:
Ago Anak Dagang
Menteri Agama:
Mohd Na’im Bin Haji Mokhtar
Menteri Belia dan Sukan:
Yeo Tseow Suan
Menteri Sumber Manusia:
Sivakumar a/l Varatharaju Naidu
Menteri Kesihatan:
Zaliha Binti Mustafa
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak):
Armizan Bin Mohd Ali
Commentaires