top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon ketuai delegasi negara ke misi perdagangan francais di Thailand 10 - 13 Julai ini


9 Julai 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick akan mengetuai delegasi negara ke Misi Perdagangan Francais Antarabangsa di Bangkok Thailand pada 10 hingga 13 Julai ini.


Delegasi tersebut turut disertai oleh Pengerusi PERNAS Dato Hazimah Zainuddin, Pengerusi Persatuan Francais Malaysia Dato Dr Radzali Hassan, Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan Vendor dan Francais KUSKOP Aidi Azli Wahit serta tujuh syarikat francais negara iaitu IrisPro, FatNinjas, MuzArt, MyeongDong Topokki, Cleanpro, D’ Tandoor dan Global Art.


Ewon akan merasmikan Pavilion Malaysia sempena Expo Thailand Franchise Business Opportunities 2024 pada Khamis dan seterusnya mengadakan perbincangan meja bulat dengan Persatuan Francais Thailand.


Selepas itu beliau akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Perdagangan Thailand bagi membincangkan kerjasama perdagangan dalam sektor francais.


Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan diaspora Malaysia di Bangkok dan melawat dua syarikat francais di negara tersebut.

Opmerkingen


bottom of page