top of page

Ewon Komited Bantu Komuniti Kampung Pinolobuh

nabalunews

21 Februari 2025


Oleh : Wartawan Nabalu News


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick terus menunjukkan komitmen dalam membantu komuniti dengan menyalurkan bantuan kepada penduduk Kampung Pinolobuh.


Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pemaju Masyarakat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Clarence Somuil kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Pinolobuh, Jalni Mison.


Menurut Jalni, bantuan tersebut bertujuan menampung kos pemindahan tiang elektrik yang kedudukannya menjejaskan dewan komuniti. Kabel elektrik yang berada betul-betul di atas dewan menyukarkan pemasangan meter elektrik di kawasan tersebut.


“Masalah ini menyulitkan proses penyambungan elektrik, dan dengan adanya sumbangan daripada Ewon ia akan memudahkan usaha kami menyelesaikan isu ini,” jelas Jalni.


Selain itu, sebahagian daripada sumbangan digunakan untuk membiayai kos pemasangan meter elektrik bagi memastikan kemudahan asas dapat dinikmati oleh komuniti Kampung Pinolobuh tanpa sebarang halangan.


Jalni turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ewon atas keprihatinan beliau dalam menyelesaikan permasalahan penduduk di kawasan Kadamaian.


“Kami amat menghargai usaha dan perhatian yang diberikan oleh Ewon terhadap masalah yang dihadapi komuniti kami. Ini membuktikan beliau sentiasa peka terhadap keperluan rakyat,” tambahnya.


Komitmen ADUN Kadamaian dalam menyelesaikan isu infrastruktur dan keperluan asas di kawasan luar bandar terus mendapat sokongan padu daripada penduduk setempat, sekali gus membuktikan dedikasi beliau dalam memperjuangkan kesejahteraan rakyat di Kadamaian.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page