Ewon Komited Sokong Penganjuran Sukan Komuniti
nabalunews

19 Mac 2025
KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick terus menunjukkan komitmen dalam memajukan sukan di kawasan Kadamaian dengan menyokong pelbagai inisiatif komuniti.
Terbaru, Penyelia Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kadamaian, Joel Deukin, telah menyerahkan sumbangan dana kepada Ketua Kelab Pasukan Santai Badminton Luminodip Tambulion Kota Belud, Mardaliena Wahid.
Menurut Mardaliena, dana tersebut akan digunakan sepenuhnya untuk penganjuran Mini Tournament Badminton Wanita yang dijadualkan berlangsung pada 20 Mac 2025 di Dewan Sekolah Rendah (SK) Tambulion, Kota Belud.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Datuk Ewon Benedick atas sokongan berterusan kepada aktiviti sukan di Kadamaian, khususnya dalam memberi peluang kepada wanita untuk melibatkan diri dalam pertandingan badminton.
Komitmen ini selaras dengan usaha memperkukuh semangat kesukanan di peringkat akar umbi serta menggalakkan penyertaan komuniti dalam aktiviti sihat dan berdaya saing. Dengan adanya sokongan daripada pemimpin setempat, perkembangan sukan di Kadamaian dijangka terus berkembang dan mendapat sambutan baik daripada masyarakat.
Comments