top of page
Wartawan Nabalu News

Ewon kunjungi rumah terbuka Tahun Baru Cina di Penampang

Ewon bergambar bersama keluarga dan sebahagian tetamu di rumah Edmond Lo.

23 Januari 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick meluangkan masa mengunjungi Rumah Terbuka penduduk Penampang  yang meraikan sambutan Tahun Baru Cina.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Penampang mengunjungi rumah terbuka Naib 2 MPN PKR Sabah, Joseph Alex Chang di Kg.Dontodizon, Chau Siew Hwa di Kg. Sarapung dan Edmond Lo di Kg. Pogunon.

Bagi masyarakat Sabah, perayaan Tahun Baru Cina bukan sahaja disambut oleh masyarakat Cina tetapi masyarakat Sino Kadazan dan Tatana turut menyambutnya bersama masyarakat lain dari pelbagai bangsa dan agama.


Ewon berkata, budaya kunjung mengunjungi yang diamalkan masyarakat negara ini sejak dahulu lagi setiap kali musim perayaan mampu memperkukuhkan perpaduan dan persefahaman di kalangan masyarakat majmuk.

Ewon bersalaman dengan tetamu yang hadir di rumah terbuka Joseph.

“Saya berharap sambutan tahun baru ini akan memberi kesihatan dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat Malaysia. Mari kita terus kukuhkan perpaduan dan keharmonian sesama warga Malaysia yang berbilang kaum, bahasa dan agama,” katanya.


Sementara itu Setiausaha Sulit Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Shellyn Lo berkata, kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina tahun ini dapat dirasai dengan kehadiran ramai saudara mara dan kawan-kawan yang berkunjung ke rumah terbuka keluarganya.

Ewon bersalaman dengan tetamu yang hadir di rumah terbuka Chau Siew Hwa.

“Saya gembira kerana pada tahun ini kita dapat menyambut Tahun Baru Cina dalam suasana yang aman tanpa sekatan pergerakan seperti dua tahun lalu akibat pandemik Covid-19,” katanya.

Ewon (tengah) bergambar bersama Joseph (dua dari kanan) dan tetamu lain.

Comments


bottom of page