top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon luang masa terima kunjungan persatuan usahawan dan koperasi


Ewon dan Pengarah SKM Sabah Matias Kundapin bergambar bersama rombongan Koperasi Pembangunan Desa Saradan Tenghilan Berhad.

25 Januari 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick meluangkan masa menerima kunjungan beberapa persatuan usahawan dan koperasi di pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), di sini, hari ini.


Antaranya Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Sabah, Persatuan Usahawan IKS Kota Belud, Koperasi Pembangunan Desa Saradan Tenghilan Berhad, Koperasi Seni Sabah dan Lembaga Kebudayaan Sabah.


Ewon bergambar bersama rombongan Persatuan Usahawan Wanita IKS Kota Belud.

Dalam kunjungan tersebut, Ewon dimaklumkan mengenai pelbagai isu dan cadangan persatuan dan koperasi antara lainnya keperluan kerjasama dengan agensi-agensi di bawah Kementerian.


Ewon (tiga dari kiri) menerima buku daripada Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah Mackey Apison.

Ewon turut mengulangi komitmen dan wawasan beliau agar Kementerian dan semua agensi di bawahnya dapat memberi fokus tambahan kepada Sabah serta berkongsi maklumat mengenai program-program di lapangan bersama agensi.





Comments


bottom of page