Ewon luangkan masa cuti CNY kunjungi tiga kampung di Kadamaian
10 Februari 2024
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick meluangkan masa cuti Tahun Baharu Cina (CNY) dengan mengunjungi tiga kampung di kawasan Kadamaian iaitu Kg. Lasou Tintapon, Kg.Bokilong dan Kg.Tamu Darat.
Semasa kunjungan itu, beliau bersetuju menyediakan sejumlah peruntukan pembangunan untuk keperluan rumah ibadat, membaiki jambatan gantung, menaiktaraf dewan dan astaka.
Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, peruntukan itu adalah daripada peruntukan khas menteri, Adun dan touchpoint.
“Selain meninjau beberapa keperluan pembangunan kampung, saya juga meluangkan masa menziarahi penduduk kampung yang terlantar sakit di rumah dan menyampaikan sedikit sumbangan toichpoint,” katanya.
Ewon turut mengulangi komitmennya untuk terus memberikan fokus terhadap pembangunan Kadamaian selain tanggungjawab sebagai menteri Kuskop dan Ahli Parlimen Penampang.
“Pelan pembangunan Kadamaian adalah asas saya untuk membangunkan Kadamaian dan akan terus berusaha katanya.
Comments