top of page

Ewon mahu ahli lembaga pengarah Tekun Nasional laksana tanggungjawab penuh amanah

Wartawan Nabalu News
Ewon (enam dari kiri), Saraswathy (lima dari kiri), Zamri (lima dari kanan) dan Adam (kanan) bergambar bersama ALP Tekun Nasional yang baru dilantik.

8 Jun 2023

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyerahkan watikah pelantikan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Tekun Nasional yang baharu, di sini, hari ini.


Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid dilantik sebagai Pengerusi Tekun Nasional dan Timbalan Pengerusi Mohd Sany Hamzan.


Turut menerima watikah pelantikan Datuk Syam Wee Wet @ Gilbert, Jampi Anak Tutong, Rowindy Lawrence Odong, Gunaletchumi Thilakan a/l Arunasalam, Dato’ Normaziah Sheikh Mohamed dan Rogers Tiam.


Ewon (dua dari kiri) menyampaikan watikah pelantikan kepada Abdullah sani, turut kelihatan Saraswathy dan Zamri.

Ewon berharap semua ALP Tekun Nasional yang baru dilantik dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah selaras dengan visi dan misi Tekun sebagai institusi peneraju pembiayaan mikro yang unggul bagi melahirkan dan membangunkan usahawan.


“Saya berharap ahli lembaga pengarah dapat menjalankan  amanah seperi yang dimandatkan.


Ewon menyampaikan watikah pelantikan kepada Mohd Sany.

“Saya yakin gabungan kepimpinan baharu Tekun Nasional yang mempunyai pelbagai latar belakang kepimpinan keusahawanan akan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya.


Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Senator Saraswathy Kandasami, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan) Kuskop, Datuk Haji Zamri Salleh dan Pengarah Urusan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Tekun Nasional Dato' Adam Abd Ghani.

Ewon menyampaikan watikah pelantikan kepada Rogers.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page