top of page
nabalunews

Ewon pemimpin down to earth yang pernah saya jumpa dan kenali


"Mungkin inilah krismas terakhir saya di Kadamaian"


Masih terngiang-ngiang di kuping telinga saya kata-kata ucapan Datuk (Ewon Benedick) tempoh hari.


Ringkas, tapi amat mendalam maknanya. Agak menyentuh hati isi tersirat ucapan tersebut apabila difikir kembali. Ia bukan bermakna Datuk tidak lagi ingin berbakti di Kadamaian, tetapi adalah sebaliknya.


Apa yang beliau perlukan adalah sokongan rakyat Kadamaian. Sepertimana luahan saya kepada beberapa rakan semasa acara sambutan natal bersama Datuk Ewon dan Ketua Menteri Sabah yakni Datuk Seri Panglima Haji Hajiji serta rombongan tempoh hari, "akan menjadi satu kerugian besar bagi Kadamaian jika kita lepaskan Datuk Ewon ke tempat lain."


Inilah apa yang keluar dari mulut saya ketika itu. Mungkin kedengarannya agak mementingkan diri kerana saya yakin ditempat lain selain Kadamaian juga perlukan pemimpin seperti beliau yang benar-benar berbakti kepada rakyat. Bukan "seperti tin kosong".


“Dia cakap, dia buat." Sudah banyak bukti sumbangan beliau sejak dari mula berbakti. Pada fikiran saya, beliaulah pemimpin yang benar-benar "down to earth" yang pernah saya jumpa dan kenali.


Gambar foto bersama tobpinai Datuk Ewon yang saya sertakan disini adalah bukti mudah keperibadian beliau. Senang didekati, mudah dibawa bergurau. Tidak lupa juga saya ucapkan terima kasih buat rakan yang sempat mengambil gambar foto tersebut iaitu Leonard Janetta Mikerichie.


Untuk pengetahuan semua, Datuk Ewon lah pengiat politik pertama yang berjaya membuatkan saya "turun padang" mengundi. Dan yang pasti bukan yang terakhir kalinya untuk beliau. Justeru itu,  saya menyeru kepada semua rakyat Kadamaian agar kita bersama-sama untuk kekalkan beliau untuk terus menjadi pemimpin kita di Kadamaian.


Saya pasti, inilah juga harapan beliau. Permintaan peribadi saya kepada Datuk Ewon Benedick, tolong teruskan usaha Datuk sebab kami masih perlukan Datuk disini. Perjuang Datuk belum selesai. Saya secara peribadi akan terus berada di belakang Datuk dalam perjuangan ini.


Ingatlah bahawa Datuk tidak berjuang sendirian. Kita teruskan! Kita pandang kehadapan! Hidup Datuk!


Sumber Facebook Myxe Rowan


Comments


bottom of page