Ewon rasmi hotel Koperasi MOCCIS, terima sumbangan bantuan banjir Penampang
top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon rasmi hotel Koperasi MOCCIS, terima sumbangan bantuan banjir Penampang


Ewon (dua dari kiri) menerima sumbangan RM15,000 untuk mangsa banjir di Penampang daripada Ahmad Sobri, mewakili MOCCIS.

4 Julai 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick merasmikan De MOCCIS Boutique Hotel milik Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu Malaysia Berhad (MOCCIS) dan Sambutan Ulang Tahun ke-90 koperasi itu.


Pada majlis itu beliau yang juga Ahli Parlimen Penampang turut menerima sumbangan sebanyak RM15,000 daripada MOCCIS untuk mangsa banjir di Penampang.


“Bagi mewakili penduduk Penampang, saya merakamkan ucapan terima kasih dan menghargai keprihatinan semua agensi kementerian, koperasi-koperasi dan semua yang terlibat atas sumbangan ikhlas membantu mangsa banjir di Penampang.


Ewon menandatangani plak sebagai tanda perasmian De MOCCIS Boutique Hotel, turut kelihatan Ahmad Norihan (dua dari kiri) dan Ahmad Sobri (tiga dari kiri).

“Terima kasih kepada MOCCIS atas sumbangan yang diberikan. Begitu juga dengan SKM dan IKMA yang turut bersama saya turun padang menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang terjejas banjir di Penampang pada Selasa dan Rabu lalu,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Ulang Tahun ke-90 MOCCIS dan Perasmian De MOCCIS Boutique Hotel, di sini, hari ini.


Turut hadir, Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Leftenan Jeneral (B) Datuk Ahmad Norihan Jalal, Pengerusi MOCISS Ahmad Sobri Wan Teh dan pegawai-pegawai SKM dan koperasi.


Mengenai koperasi itu, Ewon berharap koperasi itu terus berkembang maju dan menyumbang kepada ekonomi negara.


“MOCCIS mempunyai pelbagai perniagaan dan perkhidmatan yang semakin berkembang seiring dengan 90 tahun penubuhan koperasi ini dan menjadi antara koperasi Melayu tertua dan terunggul di Malaysia.


“Peranan koperasi amat penting sebagai pelengkap kerajaan dan sektor swasta mengisi ruang-ruang kosong dalam membangunkan negeri dan negara amnya,” katanya.

photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page