top of page

Ewon salur sumbangan bagi program Pertukaran Pelajar Antarabangsa Pengakap




10 Januari 2025


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick, telah menyalurkan sumbangan kepada Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah Daerah Kadamaian sebagai sokongan kepada program Homestay Homes sempena Aktiviti Pertukaran Pelajar Antarabangsa Pengakap Korea ke Daerah Kadamaian bagi tahun 2025.


Sumbangan tersebut disampaikan oleh kakitangan pejabat perhubungan ADUN Kadamaian, Shainim Epin, yang mewakili Ewon kepada Penolong Pesuruhjaya Daerah Kadamaian, Esther Toihin selaku wakil kepada pelaksana program.


Menurut Esther, program istimewa ini dijadualkan berlangsung pada 12 Januari 2025 di Padang Sekolah Kebangsaan (SK) Tambatuon, Kota Belud.


Aktiviti ini akan melibatkan penyertaan empat orang pelajar Pengakap dari Korea, yang akan diiringi oleh empat Pengakap Kelana dari Kadamaian. Keseluruhannya, seramai 30 peserta dijangka mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut.


Program ini bertujuan untuk menggalakkan pertukaran budaya, pengalaman, dan nilai antara Pengakap tempatan dengan peserta antarabangsa.


Esther turut menzahirkan penghargaan kepada Datuk Ewon atas sumbangan yang telah memastikan kelancaran program ini.


“Dengan sumbangan ini, kami dapat menyediakan keperluan logistik dan melaksanakan program ini dengan lebih teratur. Kami amat berterima kasih atas keprihatinan dan sokongan Ewon kepada pembangunan belia dan komuniti melalui platform Pengakap,” katanya.

Kommentarer


bottom of page