top of page
nabalunews

Ewon sampaikan sumbangan berjumlah RM233,000 daripada YBR dan Peruntukan Khas Menteri


Ewon menyampaikan sumbangan daripada YBR kepada wakil Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Negeri Sabah.

21 Oktober 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan berjumlah RM233,000 daripada Yayasan Bank Rakyat (YBR) dan Peruntukan Khas Menteri kepada enam persatuan dan kelab serta 34 pelajar.


Sumbangan itu disampaikan pada majlis ringkas di Pejabat Tekun Penampang, di sini, hari ini.


Penerima sumbangan daripada YBR ialah Majlis Permuafakatan Institusi Pendidikan Swasta Daerah Kota Belud sebanyak RM50,000 untuk melaksanakan Program Tahunan Institusi Pendidikan Swasta (IPS) Kota Belud.

Ewon menyampaikan sumbangan daripada peruntukan khas menteri kepada Persatuan Pelancong Penampang.

Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Negeri Sabah turut menerima sebanyak RM50,000 daripada YBR untuk menjayakan Program Pendataan dan Pendidikan Keusahawanan Penjaja dan Peniaga Kecil di Kawasan Kadamaian, Kota Belud dan Penampang.


Penerima peruntukan khas menteri ialah Kelab Rekreasi Lestari Sabah (RM20,000), Pertubuhan Pembangunan Kesejahteraan Wanita dan Keluarga Kota Kinabalu Sabah (PELITA) sebanyak RM20,000, Persatuan Pelancongan Penampang (RM50,000) dan Persatuan Prihatin Kota Belud Sabah (PRIHATIN) sebanyak RM20,000.


Ewon turut menyampaikan Bantuan Awal Pengajian YBR sebanyak RM23,000 kepada seramai 36 penerima yang terdiri daripada pelajar dan wakil pelajar yang akan melanjutkan pengajian di universiti.

Ewon menyampaikan Bantuan Awal Persekolahan YBR kepada salah seorag pelajar.

Comments


bottom of page