top of page
nabalunews

Ewon sampaikan sumbangan jayakan kejohanan bolasepak lima kampung sempena Krismas


2 Disember 2024


KOTA BELUD: Sempena Krismas 2024, Kejohanan Bola Sepak gabungan lima kampung iaitu Nahaba, Terintidon, Togudon, Tolungan, Sayap (NATESA) 9 Sebelah bakal berlangsung di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Terintiden Kota Belud.


Kejohanan ini dikelolakan oleh Kelab Belia Kampung Terintidon, selaku tuan rumah untuk edisi tahun ini.


Bagi memastikan kelancaran penganjuran kejohanan ini, Pegawai Tugas-Tugas Khas 2 kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, Dr. Rizoh Bosorong hari ini mewakili YB Menteri untuk menyerahkan sumbangan kepada Jawatankuasa Pelaksana kejohanan bolasepak NATESA.


Sumbangan ini diterima oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana bagi pihak tuan rumah, Charles Kesitin, yang diwakili oleh Daidy Dumin, selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana.


Turut hadir Bob MacKangy Loasi, Pengerusi Kelab Belia Kampung Terintidon.


Menurut penganjur, setakat ini, 13 pasukan yang mewakili kampung masing-masing telah mendaftar untuk menyertai kejohanan.


Format pertandingan adalah permainan 9 sebelah yang menawarkan aksi pantas dan mencabar.


Pendaftaran masih dibuka dengan yuran penyertaan RM120 bagi setiap pasukan kategori lelaki atau wanita.


Namun, pasukan yang mendaftar sebelum 1 Disember menikmati diskaun yuran sebanyak RM20, menjadikan mereka hanya perlu membayar RM100.


Rizoh berkata sumbangan ini mencerminkan komitmen Ewon dalam menyokong aktiviti pembangunan belia dan komuniti.


"Kejohanan Bola Sepak NATESA 9 Sebelah ini bukan sekadar acara sukan, tetapi juga simbol perpaduan dan semangat kekitaan," katanya.

Comments


bottom of page