top of page

Ewon sampaikan sumbangan RM20 ribu pembangunan Gereja SIB Kg.Gaur

Wartawan Nabalu News

2 Mac 2025


KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan sebanyak RM20,000 daripada peruntukan Sentuhan Kasih Adun Kadamaian untuk pembangunan Gereja SIB Kg.Gaur.


Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, selain daripada peruntukan wakil rakyat, kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan juga mempunyai peruntukan berkaitan untuk pembangunan keagamaan.


“Kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan menyediakan bantuan keagamaan termasuk rumah-rumah ibadat bukan Islam.

“Di peringkat Kerajaan Persekutuan, kita ada Program bantuan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) yang dikendalikan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Setiap tahun ada peruntukan sebanyak RM50 juta untuk diagihkan kepada pelbagai gereja dan rumah ibadat bukan Islam,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Amal Gereja SIB Kg Gaur, Kadamaian, di sini, semalam.


Mengenai pembangunan keusahawanan, Ewon berkata Kerajaan Madani menerusi KUSKOP menyediakan pelbagai inisiatif untuk pembangunan keusahawanan.

“Di bawah Dasar Pandang Ke Timur Dalam Negara yang saya laksanakan di KUSKOP yang memberi fokus tambahan kepada Sabah dan Sarawak, pelbagai inisiatif telah diperkenalkan, antaranya BEEP Plus, Tamu Desa, Ehsan@KUSKOP dan Biasiswa Kerajaan Sabah untuk Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM),” katanya.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page