top of page

Ewon sampaikan watikah pelantikan Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah UKKM kepada Felix Joseph Saang

Wartawan Nabalu News

18 Julai 2024


KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyampaikan watikah pelantikan Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) Felix Joseph Saang, di pejabat menteri di Menara Bank Rakyat, di sini, hari ini.


Turut hadir dalam majlis ringkas itu, Pengerusi Lembaga UKKM, Datuk Wira (Dr.) Rosli Mat Hassan, Ketua Pengarah Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Datuk Mohd Ali Mansor dan Naib Canselor UKKM Prof. Dato’ Dr. Azali Mohamed.


Felix pernah memegang pelbagai jawatan sebelum ini iaitu, Pengerusi Nippon Paint (Sabah), Pengarah urusan Hospitaliti dan Pelancongan dan Pengerusi Koperasi Tokou Sabah Berhad. Beliau juga pernah menjawat jawatan Pegawai Tugas-Tugas Khas Kepada Menteri MOSTI Malaysia.


Pencapaian tertinggi beliau dalam akademik ialah Master in Management - North Borneo University College (NBUC). Felix merakamkan ucapan terima kasih kepada Ewon atas pelantikan itu.


Pelantikan sebagai Timbalan BoD UKKM berkuatkuasa 1 Julai lalu.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page