Ewon teruskan khidmat bantu pembangunan gereja-gereja di Kadamaian
14 April 2022
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick meneruskan khidmat menyalurkan sumbangan untuk pembangunan gereja-gereja di seluruh kawasan Kadamaian.
Beliau berkata, sumbangan itu antaranya digunakan untuk menyelenggara kawasan gereja termasuk pembinaan parit dan laluan di perkarangan gereja serta menyediakan bahan-bahan binaan untuk penyiapan pembinaan gereja.
“Sejak Disember 2021 hingga hari ini sejumlah RM26,500 telah disumbangkan untuk pembangunan gereja-gereja di kawasan Kadamaian.
“Antara yang menerima sumbangan ialah Gereja RC Kg.Kaung, Gereja RC Kg.Kelawat Pekan, Gereja SDA Kg Narinang, Gereja SIB Kg.Piasau, Gereja SIB Kg.Melangkap Tomis, Gereja SIB Kg.Lasau Tintapon dan Gereja SIB Kg.Talungan.
“Selain itu, saya juga telah menyampaikan sumbangan untuk membekalkan bahan-bahan binaan penyiapan Gereja RC Kg.Ponopuan yang dilaksanakan secara bergotong-royong,” katanya, di sini, hari ini.
Ewon yang juga mantan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah menyampaikan sumbangan sebanyak RM3,000 kepada Gereja SDA Kg.Narinang semasa lawatannya hari ini.
Sumbangan itu bertujuan mengisi tabung pembangunan gereja berkenaan untuk memulakan pembinaan pagar gereja itu.
Pada Sabtu lalu beliau turut menyampaikan sumbangan kepada Gereja RC Kg.Kaung sebanyak RM5000 dan Gereja RC Kg.Kelawat Pekan (RM2000).
Sebelum ini, Ewon juga menyampaikan sumbangan kepada gereja-gereja SIB iaitu membina konkrit parit Gereja SIB Kg Piasau sebanyak RM6000, membina konkrit perkarangan Gereja SIB Kg Melangkap Tomis (RM5000), membina konkrit laluan dan perkarangan Gereja SIB Kg Lasau Tintapon (RM5000) dan Gereja SIB Kg.Talungan sebanyak RM1500.
Comments