top of page
  • Wartawan Nabalu News

Ewon tinjau cadangan tapak Tamu Desa Marahang


9 April 2024

Oleh Wartawan Nabalu News


PAPAR: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick meninjau cadangan tapak Tamu Desa di Marahang Papar yang dipohon oleh komuniti peniaga, di sini.


Beliau berkata, Projek Tamu Desa yang pertama kali dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bermula tahun ini bertujuan membina atau menaiktaraf kemudahan infra, gerai, khususnya tamu-tamu komuniti di luar bandar di Sabah dan Sarawak.


Katanya, pembinaan Tamu Desa akan memberi ruang yang lebih selesa kepada para peniaga atau usahawan berniaga di tamu berkenaan.


“Saya bersetuju agar peruntukan daripada KUSKOP disalurkan untuk membina baharu deretan gerai di sini bagi memberi peluang kepada peniaga-peniaga kecil menjual produk mereka,” katanya selepas meninjau tapak Tamu Desa, baru-baru ini.


Turut serta dalam tinjauan itu Ahli Pemegang Amanah TEKUN Datuk Gilbert Sham.

Comentários


bottom of page