top of page

Ewon tinjau keperluan Gereja Paroki Holy Nativity Terawi

Wartawan Nabalu News

Ewon (tengah) Fr.Micheal (empat dari kiri) dan Fr.Jake (empat dari kanan) bergambar bersama pada kunjungan itu.

26 Disember 2022

Oleh Wartawan Nabalu News


PENAMPANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick turun padang meninjau keperluan rumah-rumah ibadat di kawasan Penampang, hari ini.


Ahli Parlimen Penampang itu diiringi Setiausaha Politiknya Carl Moosom.


Selepas mendengar taklimat ringkas daripada Ractor Fr.Michael Modoit dan melihat sendiri keperluan Gereja Paroki Holy Nativity Terawi, Ewon bersetuju menyalurkan sejumlah peruntukan Parlimen untuk tujuan itu.


Antara keperluan gereja itu ialah kipas dewan gereja dan pembinaan konkrit kawasan letak kereta kawasan gereja untuk keselesaan umat.


Ewon meninjau keperluan gereja itu.

Turut dimaklumkan kepada Ewon ialah kelewatan kelulusan Sijil Menduduki (OC) bangunan sekolah minggu gereja yang belum diperolehi sejak tahun 2019.


Selain itu Majlis Pastoral Paroki Terawi turut memohon sumbangan penganjuran Pesta Kaamatan Diosis Kota Kinabalu yang dijangka diadakan pada 4 Mei 2023, sebanyak RM50,000.


Turut hadir Fr.Jake Joimi dan Pengerusi Majlis Pastoral Paroki Holy Nativity Church Terawi Milford Draily.


Ewon menyatakan akan mengambil tindakan ke atas kelulusan OC bangunan sekolah minggu gereja berkenaan serta meluluskan peruntukan pemasangan kipas dewan gereja dan pembinaan konkrit kawasan letak kereta yang diperlukan.

Comments


photo6052951033375730345_edited.jpg

ABOUT US

Nabalu News is an online news portal that will bring you all the latest news and stories from Malaysia, particularly Sabah.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram

© NabaluNews.com

bottom of page