Ewon tinjau penambahbaikan Dewan Serbaguna Kg.Piasau
28 Januari 2022
Oleh Wartawan Nabalu News
KOTA BELUD: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Datuk Ewon Benedick meninjau hasil kerja penambahbaikan Dewan Serbaguna Kg.Piasau, di sini, kelmarin
Atas permohonan penduduk kampung itu, Ewon meluluskan peruntukan untuk membina dewan terbuka di sebelah dewan serbaguna sedia ada.
“Sebelum merasmikan pelancaran serentak Mesyuarat Agung Tritahunan (MAT) Cawangan-Cawangan Bahagian UPKO Kota Belud, saya mengambil kesempatan meninjau hasil kerja akhir pembinaan dewan terbuka itu.
“Ini adalah antara permohonan penduduk kampung yang sempat saya laksanakan semasa berada dalam kerajaan tahun 2020,” katanya kepada Nabalu News.
Ewon yang juga Naib Presiden UPKO berkata, beliau turut menerima cadangan baharu daripada penduduk Kampung Piasau untuk menaiktaraf dewan terbuka itu kepada dewan tertutup.
Comments